Tentang Kami

Misi

Melatih Profesional Fesyen Masa Hadapan

  1. Untuk menghasilkan pelatih berkualiti tinggi yang dapat memenuhi standard ketat yang diperlukan oleh industri fesyen.
  2. Untuk memupuk dan membangunkan pelatih dengan pemikiran kritis, kreativiti dan penerapan teknologi canggih dalam reka bentuk fesyen.
  3. Untuk mewujudkan nilai-nilai tambahan kepada pengajar, pelatih dan pihak berkepentingan.

Visi

Aspirasi Kami

Kami berazam untuk menjadi institusi akademi latihan utama dan diiktiraf untuk mewujudkan kemahiran vokasional, yang mampu mendidik pelatih untuk menjadi sumber kreativiti dengan sumbangan positif terhadap masyarakat dan negara.

Objektif

Langkah-Langkah Menuju Matlamat Kami

  1. Untuk menyediakan program akademik dan latihan yang berkualiti yang diluluskan oleh Jabatan Kemahiran Pembangunan, di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan diiktiraf oleh industri fesyen tempatan.
  2. Memberi suasana belajar yang cemerlang dan menggalakkan para pelatih untuk menjadi kreatif, berdikari dan berfikiran terbuka.
  3. Memastikan pelatih membangunkan ciri dan keperibadian berdaya saing yang mantap dalam persediaan untuk keperluan dan tuntutan industri.

Sejarah

“From humble beginings to established fashion school”

Marrie Fashion Academy Sdn Bhd (MFA) telah ditubuhkan pada 28 Mac 2006 dan terletak di Lot 1702, Pekan Napoh, Jalan Changlun, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman, Malaysia sebelum berpindah ke Jeram, Selangor. Pada 2013, keputusan dibuat untuk berpindah ke lokasi terkini di Pusat Perniagaan Worldwide, Shah Alam. Akademi ini menyediakan program yang diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Our Partners